Wednesday, August 23, 2023

E-BOOK TARIAN POJA BUGIS NEGERI SELANGOR (ONLINE) KHAIRUL ANUAR BIN ZAINUDIN


TAJUK BUKU: TARIAN POJA BUGIS NEGERI SELANGOR: STRUKTUR PERSEMBAHAN DAN PERGERAKAN
E-ISBN: 978-629-98616-0-7
TERBITAN: PERSENDIRIAN
TARIKH TERBIT: 23 OGOS 2023

LINK ONLINE E-BOOK TARIAN POJA BUGIS NEGERI SELANGOR
https://online.fliphtml5.com/winju/asux/

QR CODE













Wednesday, March 1, 2023

Tarian Poja Bugis Selangor: Sejarah Perkembangan Tarian Bugis Di Negeri Selangor (2022)

SERI ALAM 

Jurnal Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Jilid 15 Bil.1/2022(15)

ISSN: 0128-7656

Tahun: 2022




 Abstrak:

Makalah ini menghuraikan kepada sejarah perkembangan tarian masyarakat Bugis di negeri Selangor iaitu tarian Poja Bugis Selangor. Penyelidikan berdasarkan analisis teori tradisi (Edward Shils, 1981), teori penciptaan tradisi (Eric Hobsbawm, 1983) dan teori identiti budaya (Stuart Hall, 1990) serta pengumpulan data melalui kaedah kajian lapangan, temubual, pemerhatian turut serta dan pemerhatian dokumen. Penyelidikan secara sinkronik mengenai proses rekonstruksi dan penciptaan semula tarian tradisi yang berkaitan dengan tarian Pakurru Sumange dari Sulawesi Selatan, Indonesia yang telah dikesan bermula di Selangor seawal tahun 1988 dan berlangsung sehingga sekarang di Negeri Selangor. Sebuah tarian Bugis yang telah dipersembahkan kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan masyarakat negeri Selangor pada 2 September 1989 sempena Majlis Perasmian Muzium Sultan Alam Shah.

Kata kunci : tarian poja, bugis Selangor, sejarah tarian dan penciptaan semula tradisi.

Wednesday, August 25, 2021

NUKILAN SENI VOL. 2/2021 (BIL.1-10)

 BIL.1/VOL.2/2021



 BIL.2/VOL.2/2021



 BIL.3/VOL.2/2021



 BIL.4/VOL.2/2021



 BIL.5/VOL.2/2021



 BIL.6/VOL.2/2021



 BIL.7/VOL.2/2021



 BIL.8/VOL.2/2021



 BIL.9/VOL.2/2021



 BIL.10/VOL.2/2021




Wednesday, July 28, 2021

NUKILAN SENI VOL.1/2021 (BIL. 1 -12)

BIL.1/2021



BIL.2/2021



BIL.3/2021



BIL.4/2021



BIL.5/2021



BIL.6/2021



BIL.7/2021



BIL.8/2021



BIL.9/2021



BIL.10/2021



BIL.11/2021



BIL.12/2021


 

Tuesday, April 20, 2021

SEJARAH PERKEMBANGAN TARIAN POJA BUGIS SELANGOR

SECARA RINGKAS SEJARAH 

        Pada Tahun 1987 terdapat sebuah lawatan rasmi kerajaan Negeri Selangor ke Sulawesi bersempena Lawatan Rasmi Y.A.M Tengku Panglima Diraja Negeri Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj serta ahli-ahli Lembaga Muzium Negeri Selangor pada 10-13 Julai 1987 di atas tujuan rasmi tertentu. Terdapat 15 individu penting termasuk baginda dengan 7 tujuan utama.

        Pada tahun 1988, Andi Ugie Kamariah telah dibawa masuk ke Negeri Selangor untuk mengajar tarian Bugis dengan membuat pengolahan dan penciptaan semula tarian daripada tarian Pakkuru Sumange. Tarian yang berasal dari Sulawesi pada tahun 1960 oleh ciptaan Andi Siti Nurhani Sapada.

        Pada Tahun 1989, Tarian Poja telah dipersembahkan Ke Bawah Duli Tuanku D.Y.M.M Sultan Selangor ke-8 sempena Majlis Perasmian Muzum Sultan Alam Shah pada 02 September 1989.

        Tarian Poja telah menjadi popular pada tahun 1990 sejak dipertontonkan kepada masyarakat yang hadir di dalam majlis rasmi tersebut dan sering di tarikan di dalam majlis-majlis rasmi kerajaan Negeri Selangor.


Boleh Layari di Channel YouTube KayrolMarkNann Tentang Perkembangan Tarian Poja Berdasarkan Penyelidikan.

https://www.youtube.com/watch?v=RtXns6bxSV8



Video BUAL BICARA Bersama Penyelidik Secara Ringkas Berdasarkan Analisis Kajian 

1. TARIAN POJA BUGIS SELANGOR BERDASARKAN PENYELIDIKAN


2. SEJARAH PERKEMBANGAN TARIAN POJA BUGIS DI NEGERI SELANGOR












Sunday, January 23, 2011