TARIAN POJA BUGIS SELANGOR
Wednesday, August 23, 2023
E-BOOK TARIAN POJA BUGIS NEGERI SELANGOR (ONLINE) KHAIRUL ANUAR BIN ZAINUDIN
Wednesday, March 1, 2023
Tarian Poja Bugis Selangor: Sejarah Perkembangan Tarian Bugis Di Negeri Selangor (2022)
SERI ALAM
Jurnal Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
Jilid 15 Bil.1/2022(15)
ISSN: 0128-7656
Tahun: 2022
Makalah ini menghuraikan kepada sejarah perkembangan tarian masyarakat Bugis di negeri Selangor iaitu tarian Poja Bugis Selangor. Penyelidikan berdasarkan analisis teori tradisi (Edward Shils, 1981), teori penciptaan tradisi (Eric Hobsbawm, 1983) dan teori identiti budaya (Stuart Hall, 1990) serta pengumpulan data melalui kaedah kajian lapangan, temubual, pemerhatian turut serta dan pemerhatian dokumen. Penyelidikan secara sinkronik mengenai proses rekonstruksi dan penciptaan semula tarian tradisi yang berkaitan dengan tarian Pakurru Sumange dari Sulawesi Selatan, Indonesia yang telah dikesan bermula di Selangor seawal tahun 1988 dan berlangsung sehingga sekarang di Negeri Selangor. Sebuah tarian Bugis yang telah dipersembahkan kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan masyarakat negeri Selangor pada 2 September 1989 sempena Majlis Perasmian Muzium Sultan Alam Shah.
Kata kunci : tarian poja, bugis Selangor, sejarah tarian dan penciptaan semula tradisi.
Saturday, August 28, 2021
Wednesday, August 25, 2021
NUKILAN SENI VOL. 2/2021 (BIL.1-10)
BIL.1/VOL.2/2021
BIL.2/VOL.2/2021
BIL.3/VOL.2/2021
BIL.4/VOL.2/2021
BIL.5/VOL.2/2021
BIL.6/VOL.2/2021
BIL.7/VOL.2/2021
BIL.8/VOL.2/2021
BIL.9/VOL.2/2021
BIL.10/VOL.2/2021
Wednesday, July 28, 2021
NUKILAN SENI VOL.1/2021 (BIL. 1 -12)
Tuesday, April 20, 2021
SEJARAH PERKEMBANGAN TARIAN POJA BUGIS SELANGOR
SECARA RINGKAS SEJARAH
Pada Tahun 1987 terdapat sebuah lawatan rasmi kerajaan Negeri Selangor ke Sulawesi bersempena Lawatan Rasmi Y.A.M Tengku Panglima Diraja Negeri Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj serta ahli-ahli Lembaga Muzium Negeri Selangor pada 10-13 Julai 1987 di atas tujuan rasmi tertentu. Terdapat 15 individu penting termasuk baginda dengan 7 tujuan utama.
Pada tahun 1988, Andi Ugie Kamariah telah dibawa masuk ke Negeri Selangor untuk mengajar tarian Bugis dengan membuat pengolahan dan penciptaan semula tarian daripada tarian Pakkuru Sumange. Tarian yang berasal dari Sulawesi pada tahun 1960 oleh ciptaan Andi Siti Nurhani Sapada.Pada Tahun 1989, Tarian Poja telah dipersembahkan Ke Bawah Duli Tuanku D.Y.M.M Sultan Selangor ke-8 sempena Majlis Perasmian Muzum Sultan Alam Shah pada 02 September 1989.
Tarian Poja telah menjadi popular pada tahun 1990 sejak dipertontonkan kepada masyarakat yang hadir di dalam majlis rasmi tersebut dan sering di tarikan di dalam majlis-majlis rasmi kerajaan Negeri Selangor.
Boleh Layari di Channel YouTube KayrolMarkNann Tentang Perkembangan Tarian Poja Berdasarkan Penyelidikan.
https://www.youtube.com/watch?v=RtXns6bxSV8
Video BUAL BICARA Bersama Penyelidik Secara Ringkas Berdasarkan Analisis Kajian
1. TARIAN POJA BUGIS SELANGOR BERDASARKAN PENYELIDIKAN