Sunday, January 23, 2011
Wednesday, January 19, 2011
ALATAN MUZIK BUGIS NEGERI SELANGOR
Di Negeri Selangor alat muzik yang digunakan di dalam persembahan tarian Bugis Selangor tidak mempunyai persamaan dengan alatan muzik di Sulawesi Selatan. Negeri Selangor hanya menggunakan tiga alat muzik yang penting iaitu kecapi, gendang Bugis dan seruling Bugis. Gambar 4.0 merupakan peralatan muzik yang digunakan untuk mengiringi acara atau persembahan di kalangan masyarakat Bugis di negeri Selangor.
Alat muzik untuk persembahan tarian dan muzik Bugis di negeri Selangor ini dimainkan seramai lima orang pemain lelaki, di mana dua orang pemain gendang Bugis memainkan gendang ibu dan gendang anak. Seruling Bugis dan kecapi dimainkan setiap seorang mengikut alatan muzik dan seorang penyanyi. Mereka memainkan ritma, tempo dan melodi muzik yang masih mengekalkan keaslian muzik dan alunan muzik Bugis.
KECAPI |
Kecapi merupakan salah satu alat muzik utama yang sangat penting kerana ia menghasilkan melodi untuk tarian Poja dan juga merupakan simbol identiti orang Bugis. Ia merupakan salah satu alat muzik tradisional Sulawesi Selatan yang bersumberkan bunyi dari dawai yang tergolong di dalam alat muzik chordophone. Alat muzik ini dibuat daripada kayu nangka yang berbentuk sebuah sampan atau kapal yang diinspirasi daripada kapal layar orang Bugis.
GENDANG BUGIS |
Gendang Bugis atau Cemara Bugis merupakan alat muzik yang mempunyai 2 permukaan bulatan kiri dan kanan berbentuk silinder. Bahannya diperbuat dari kayu seperti kayu batang pohon cendana, kayu batang pohon nangka, kayu batang pohon kelapa dan kayu jati. Permukaan kedua-dua belah gendang tersebut ditutupi dengan kulit kambing sebagai sumber bunyi dengan rautan rotan kecil yang dibelah empat sebagai penarik sekat atau pembentang kulit kambing tersebut untuk mendapatkan hasil bunyi dan paluan yang diinginkan. Paluannya sangat mempengaruhi pergerakan tarian Poja Bugis Selangor khasnya pada tempo dan menjadi tanda atau isyarat untuk pertukaran gerakan dan pergerakan sewaktu mencampakan bunga rampai. Pemain gendang Bugis atau cemara Bugis ini akan memainkannya dengan silang bertingkah antara satu sama lain.
SERULING |
Seruling pula berfungsi sebagai pengiring melodi kepada kecapi Bugis. Seruling ini diperbuat daripada buluh yang mempunyai 5 lubang angin untuk menghasilkan bunyi apabila ditiup.
Lagu yang dimainkan untuk tarian Poja ini ialah lagu dan lirik yang diambil dari lagu rakyat masyarakat kaum Bugis-Makasar iaitu ‘Ati Raja’. Lagu “Ati Raja” merupakan sebuah lagu yang berasal dari Makassar Sulawesi Selatan. Lagu ciptaan oleh seorang sasterawan Makassar dari suku Tionghoa bernama Hoo Eng Djie. Pada tahun 1930 hingga 1960 nama beliau sangat terkenal melahirkan lagu-lagu serta syair-syair di dalam bahasa Makassar hingga ke hari ini . Antara lagu lagu-lagu yang dicipta antaranya ialah ‘Ati Raja’, ‘Dendang-dendang’, ‘Sailong’ dan ‘Amma Ciang’. Njoo Cheng Seng merupakan seorang penterjemah bagi lagu-lagu dan syair-syair Hoo Eng Gjie dari bahasa Makassar ke dalam bahasa Indonesia.
Di negeri Selangor, lagu ‘Ati Raja’ dinyanyikan dan digunakan di dalam persembahan bagi mengiringi tarian Poja untuk acara majlis rasmi dan sebagainya. Lagu tersebut dialunkan dan disampaikan oleh seorang penyanyi mengikut lirik yang mempunyai maksud tersendiri. Diringi dengan muzik yang dimainkan oleh pemuzik bersama-sama alatan muzik seperti kecapi, gendang Bugis dan seruling Bugis.
ATI RAJA
Se’re-Se’re ji batara baule
Ati raja nakijai pa’nganroi baule
Rajale alla kereaminjo
Ati.. Ati.. Ati raja
Natarima pappala’na baule
MAKSUD
Hanya ada satu tuhan
Ati Raja, hanya kepadamu kami meminta
Apapun itu yang sesungguhnya
Ati.. Ati.. Ati raja
Pasti akan diterima segala permintaan
Tuesday, January 18, 2011
BUSANA CARA PEMAKAIAN PERSEMBAHAN
BAJU BODO |
1) Bahagian Atas Badan – Baju Bodo/Baju Labbu2) Bahagian Bawah Pinggang – Kain Sarung Lipa Sabbe3) Bahagian Kepala – Mahkota (Bando)4) Bahagian Telinga – Anting-anting (Bangkarak)5) Bahagian Tangan – Gelang Tangan (Tigerro Tedong)6) Bahagian Dada – Kalung Panjang (Geno Ma Bule)7) Bahagian Pinggang – Ikat Pinggang (Salipi)
BANDO |
BANGKARAK |
TIGGERO TEDONG |
GERAK TARI / PROP
GERAKAN TARI
Secara keseluruhannya, semua pergerakan di dalam tarian ini adalah gerakan simbolik atau gerakan-gerakan khusus sebagai tanda menghormati Sultan atau tetamu. Keunikan tarian ini adalah dari sudut teknik liuk badan, kelembutan pergerakan jari, tangan, melangkah, duduk dan henjutan badan dengan teknik gerak bugis.
Terdapat 6 Ragam Tari di dalam Strktur pergerakan Tarian Poja iaitu;
1. Ragam Duduk Tindih Kasih
2. Ragam Sembah Campak Bunga
3. Ragam Doa Sembah
4. Ragam Bangun Berjalan
5. Ragam Campak Tabur
6. Ragam Lenggang Ombak Beralun
Terdapat 3 bahagian di dalam struktur persembahan Tarian Poja iaitu:
1. Sambut Tamu
2. Raikan Tamu
3. Tanda Kasih
PROP
Penggunaan bunga rampai di dalam persembahan ini adalah untuk memberikan satu aroma keharuman yang memberikan impak kesegaran di dalam sesuatu majlis yang sedang berlangsung.
PENGENALAN