Wednesday, August 23, 2023

E-BOOK TARIAN POJA BUGIS NEGERI SELANGOR (ONLINE) KHAIRUL ANUAR BIN ZAINUDIN


TAJUK BUKU: TARIAN POJA BUGIS NEGERI SELANGOR: STRUKTUR PERSEMBAHAN DAN PERGERAKAN
E-ISBN: 978-629-98616-0-7
TERBITAN: PERSENDIRIAN
TARIKH TERBIT: 23 OGOS 2023

LINK ONLINE E-BOOK TARIAN POJA BUGIS NEGERI SELANGOR
https://online.fliphtml5.com/winju/asux/

QR CODE













Wednesday, March 1, 2023

Tarian Poja Bugis Selangor: Sejarah Perkembangan Tarian Bugis Di Negeri Selangor (2022)

SERI ALAM 

Jurnal Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Jilid 15 Bil.1/2022(15)

ISSN: 0128-7656

Tahun: 2022




 Abstrak:

Makalah ini menghuraikan kepada sejarah perkembangan tarian masyarakat Bugis di negeri Selangor iaitu tarian Poja Bugis Selangor. Penyelidikan berdasarkan analisis teori tradisi (Edward Shils, 1981), teori penciptaan tradisi (Eric Hobsbawm, 1983) dan teori identiti budaya (Stuart Hall, 1990) serta pengumpulan data melalui kaedah kajian lapangan, temubual, pemerhatian turut serta dan pemerhatian dokumen. Penyelidikan secara sinkronik mengenai proses rekonstruksi dan penciptaan semula tarian tradisi yang berkaitan dengan tarian Pakurru Sumange dari Sulawesi Selatan, Indonesia yang telah dikesan bermula di Selangor seawal tahun 1988 dan berlangsung sehingga sekarang di Negeri Selangor. Sebuah tarian Bugis yang telah dipersembahkan kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan masyarakat negeri Selangor pada 2 September 1989 sempena Majlis Perasmian Muzium Sultan Alam Shah.

Kata kunci : tarian poja, bugis Selangor, sejarah tarian dan penciptaan semula tradisi.