Tuesday, January 18, 2011

PENGENALAN

Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di Malaysia. Keluasannya ialah 7,956 km persegi dan memiliki 9 daerah. Sebagaimana negeri-negeri lain yang berada di Malaysia maka sudah pastilah Negeri Selangor juga terdapat pelbagai kelebihan atau lambang identiti Negeri. Dari sudut kesenian contohnya, terdapat pelbagai muzik atau tarian yang dimiliki oleh Negeri Selangor seperti keroncong, kenterong, cempuling, tarian Pooja, tarian Pattenun, zapin, kuda kepang dan banyak lagi.

Jika diselidik dari sudut sejarah, kesenian ini terhasil dari mereka yang datang ke negeri Selangor untuk menentang penjajah-penjajah yang datang untuk menawan negeri Selangor. Apabila mereka telah menetap lama atau tinggal di negeri Selangor, mereka telah mengamalkan kesenian mereka di negeri ini. Disebabkan itulah pelbagai kesenian terdapat di Negeri Selangor. Diantara kesenian yang terdapat di dalam Negeri Selangor ialah hasil kesenian Orang Bugis.

Orang Bugis mula tiba di Selangor (Sungai) pada lewat abad ke 17. Pada tahun 1681 telah muncul petempatan orang bugis di Kuala Selangor. Kedudukan orang bugis di Selat Melaka menjadi lebih kukuh bila Daing Merewah dilantik sebagai Yam Tuan Muda di Johor pada tahun 1721. Pada tahun 1742, Raja Lumu (Putera Daing Chelak) telah dilantik sebagai Raja Selangor. Sementara itu orang bugis telah juga menguasai kawasan Klang. Ketua orang Bugis di sana dikenali sebagai Raja Tua. Selain daripada mempunyai petempatan di Linggi (Kuala). Pada tahun 1766, Raja Lumu memakai gelaran Sultan Salahuddin setelah ditabalkan di Kota Lumut, Perak.

(Muzium Alam Shah, Shah Alam)

Berdasarkan sejarah kedatangan Orang Bugis di Negeri Selangor inilah, kita dapat mengetahui mengapa dan bagaimana terdapatnya kesan peninggalan Bugis di Negeri Selangor. Diantara kesan peninggalan Orang Bugis di Negeri Selangor ialah dalam bidang kesenian iaitu bidang seni tari.

TARIAN POJA

Kajian kali ini adalah mengenai kesenian Negeri Selangor dari sudut kesenian tari. Tarian yang dipilih ialah Tarian poja.

Tarian poja merupakan sebuah tarian yang sangat popular di Negeri Selangor. Tarian poja juga merupakan sebuah tarian yang beridentitikan atau melambangkan budaya Negeri Selangor.

Poja asal dari perkataan Bugis yang bermaksud puji-pujian. Ini kerana, Tarian pooja merupakan sebuah tarian yang ditarikan sambil memuji-muji Sultan. Tarian ini di persembahkan semasa Sultan sedang bersantai atau berehat.

Pada masa kini, tarian poja dipersembahkan dipermulaan atau diawal sesuatu majlis sebelum majlis tersebut berlangsung. Tarian pooja juga menjadi tarian yang mengalu-alukan kedatangan atau simbolik ucapan selamat datang kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Pada masa dahulu, tarian poja merupakan sebuah tarian yang hanya dipersembahkan di dalam Istana untuk Kerabat-Kerabat Diraja bagi meraikan sesebuah keramaian. Ini kerana, tarian poja merupakan sebuah tarian Istana yang dijaga mutu dan nilai keseniannya oleh kerabat-kerabat diraja. Pada masakini, Tarian poja bukan lagi merupakan sebuah tarian istana sebaliknya boleh dipersembahkan dimana-mana dan dipertontonkan oleh sesiapa sahaja.

Dahulunya penari-penari untuk tarian ini terdiri dari kalangan perempuan sahaja. Manakala lelaki hanya bermain alat muzik. Perkara ini berlaku kerana pada masa dahulu, kaum perempuannya menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti tarian menakala kaum lelakinya bermain alat muzik. Kesan dari aktiviti masa lapang inilah maka terdapatnya perbezaan bidang persembahan, dimana kaum lelaki hanya bermain alat muzik dan kaum perempuannya hanya menari. Apabila tarian ini mula dipersembahkan kepada masyarakat umum dan dikrasikan tidak lagi hanya dipersembahkan di istana.

Tarian ini memiliki durasi sepanjang 4 minit hampir ke 5 minit pada asalnya. Setelah mengalami perubahan penerimaan masyarakat terhadap persembahan ini, durasinya bertukar menjadi 3 minit sahaja.

No comments:

Post a Comment