Wednesday, January 19, 2011

Muzik

MUZIK

Di dalam tarian ini alat muzik yang digunakan ialah GENDANG BUGIS, SDERULING BUGIS,dan KECAPI Pada masa kini, alat-alat muziknya sudah mengalami perubahan sedikit dimana gendang ibu, gendang anak, serunai bugis dan kecapi digunakan tetapi masih mengekalkan keaslian bunyinya.

Lirik lagu di dalam persembahan tarian ini berasal dari bahasa bugis. Lirik lagu bagi tarian ini juga berbeza-beza mengikut daerah yang mengamalkannya. Walaupun begitu, lirik-lirik di dalam lagu ini mengisahkan tentang kebesaran, kekuatan, kekuasaan, berdoa kepada Allah atas kesejahteraan Sultan dan pelbagai lagi perkara yang memuji Sultan.

Dengan ini disertakan bersama salah satu lirik untuk lagu tarian pooja yang bertajuk Ati Raja. Berdurasi 2 minit dan 5 minit.

ATI RAJA (BERDURASI 2 MINIT)

SE’RE SE’REJI

BATARA BAULE

ATI… RAJA… NAKIJAI…

PANGANROI BAULE…

RAJALE ALLA

KEREAMINJO

ATI… ATI… RAJA

NITARIMA PAPPALAL’NA BAULE…

ATI RAJA (BERDURASI 5 MINIT)

SE’RE SE’REJI

BATARA BAULE

ATI… RAJA… NAKIJAI…

PANGANROI BAULE…

RAJALE ALLA

KEREAMINJO

ATI… ATI… RAJA

NITARIMA PAPPALAL’NA BAULE…

MANNAMO KI’MINASAI BAULE…

ATI RAJA KIPANAI…

RIPALATA BAULE…

RAJALE ALLA TA’BALLE TONJI

ATI… ATI… RAJA

KABATARA

TANGKELLAI BAULE

SE’RE SE’REJI

BATARA BAULE

ATI… RAJA… NAKIJAI…

PANGANROI BAULE…

RAJALE ALLA

KEREAMINJO

ATI… ATI… RAJA

NITARIMA PAPPALAL’NA BAULE…

PENUTUP

Sejarah bermulanya tarian ini tidak dapat diketahui secara tepat. Ini kerana ketiadaan bahan bercetak mengenai tarian ini,

Tarian ini mula di bawa masuk ke negeri Selangor pada tahun 1988 oleh seorang pereka tari dari Makasar, Indonesia yang hanya dikenali sebagai Ibu Ogi.

Tarian ini diajar oleh Ibu Ogi kepada kakitangan Muzium Alam Shah sempena menghidupkan semula tarian Bugis di negeri Selangor. Ia merupakan cetusan idea dari Ahli Lembaga Muzium ketika itu iaitu Dato’ Kaharudin Mokmin setelah melihat terdapat ramainya masyarakat berketurunan Bugis di negeri Selangor.

Selain dari tarian Poja, terdapat juga beberapa tarian beridentitikan Selangor yang turut diajar seperti tarian Pattenun, Angin Mameri (kipas) dan Paa Joget (penari).

Tarian Poja negeri Selangor dan tarian Poja di Makasar Indonesia adalah sama dari semua sudut. Ini kerana tempat asal tarian poja di negeri Selangor adalah dari Makasar Indonesia.

Kesimpulannya, walaupun zaman telah berubah dan negeri Selangor berkembang pesat dengan pembangunan yang ada tetapi kesenian tarian Poja ini masih dijaga dan dipelihara dengan baik.

Ini dapat dibuktikan kerana pihak kementerian kebudayaan Dan Kesenian Negara telah memasukkan tarian poja dalam salah satu tarian yang wajib dikuasai oleh Semua Jurulatih Seni Budaya Negar (JSBN). terdapat beberapa daerah-daerah yang masih mempersembahkan tarian Poja ini seperti Daerah Klang,Kuala Selangor,Sepang, Ulu Selangor. Shah Alam, Sabak Bernam, dan banyak lagi. Inilah yang dikatakan kesenian yang “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

3 comments:

  1. Lagu ini berbahasa makassar, bkn bahasa bugis.

    ReplyDelete
  2. Lagu ini berbahasa makassar, bkn bahasa bugis.

    ReplyDelete